Rumusan

Kesimpulannya, bahan bantu mengajar yang sesuai harus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid terutamanya yang lemah dapat memahami dan mengekalkan kefahaman mereka tentang konsep-konsep asas dalam pengajaran matematik. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai, murid-murid akan lebih tertarik kepada pembelajaran matematik.

Diharapkan murid-murid dapat mempelajari matematik pada peringkat awal dengan rasa seronok dan puas. Jika rasa takut dan terhadap matematik dapat dihapuskan atau dikurangkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan efektif, ia akan membawa implikasi bahawa pembelajaran matematik sudah mencapai separuh kejayaan.