Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar merupakan kelengkapan atau persediaan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang dapat dilihat, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Di dalam pengajaran isipadu cecair tahun 2, pelbagai alat atau bahan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan yang murah, senang didapati dan selamat digunakan adalah seperti botol minuman plastik, cawan plastik, baldi, bekas makanan dan sebagainya. Berikut merupakan bahan bantu mengajar yang saya gunakan untuk mengajar murid-murid cemerlang dan lemah dalam tajuk isipadu cecair.


MURID CEMERLANG
  1. Silinder Penyukat
  2. Gelas Plastik
  3. Jug Air
  4. Baldi
  5. Botol Minuman

MURID LEMAH DAN SEDERHANA
  1. Baldi
  2. Gelas Plastik
  3. Botol Minuman
  4. Gelas Plastik