Aktiviti Pengajaran | Murid Lemah Dan Sederhana

AKTIVITI PENGAJARAN



SET INDUKSI
  1. Guru menunjukkan sebuah botol minuman yang berisi air sarsi kepada murid.
  2. Guru bersoal jawab dengan murid: Apakah benda ini?; Apakah yang terdapat di dalam botol ini?
  3. Guru menerangkan isipadu cecair boleh disukat.
  4. Guru mengaitkan dengan tajuk yang diajar pada hari ini.

LANGKAH 1
  1. Guru menunjukkan satu bekas yang kosong dan sebaldi air.
  2. Guru menunjukkan cara mengukur dengan memasukkan air menggunakan gelas ke dalam bekas tersebut sehingga penuh.
  3. Murid diminta mengira bilangan gelas air yang dimasukkan bersama-sama.
  4. Guru membincangkan hasil jawapan bersama murid.

LANGKAH 2
  1. Murid dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan.
  2. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatat.
  3. Guru membekalkan kepada setiap kumpulan dengan 3 bekas kosong berlabel A, B dan C, gelas plastik dan sebuah baldi berisi air.
  4. Setiap kumpulan diminta mengira bilangan gelas air yang diperlukan untuk memenuhi ketiga-tiga bekas tersebut. Murid diminta merekodkan jawapan mereka seperti jadual di bawah.
  5. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan jawapan mereka.
  6. Guru membincangkan jawapan bersama murid.



 
LANGKAH 3 
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
  2. Murid menjawab soalan yang diberikan.
  3. Guru menyemak jawapan bersama murid.

LEMBARAN KERJA 1


LEMBARAN KERJA 2



PENUTUP 

Guru bersoal jawab dengan murid dan membuat rumusan keseluruhan.