Aktiviti Pengajaran | Murid Cemerlang

AKTIVITI PENGAJARAN



SET INDUKSI
  1. Guru menunjukkan sebuah silinder penyukat kepada murid.
  2. Guru bersoal jawab dengan murid: Apakah objek ini?; Pernahkah kamu melihatnya?; Apakah kegunaannya?
  3. Guru menerangkan fungsi dan cara menggunakannya.
  4. Guru mengaitkan dengan tajuk yang diajar pada hari ini.
Silinder Penyukat

 
LANGKAH 1
  1. Guru menunjukkan dua bekas yang berlainan saiz tetapi mempunyai aras air yang sama.
  2. Beberapa orang murid diminta menyatakan botol mana yang mempunyai banyak isi.
  3. Guru mengukur isipadu cecair kedua-dua botol tersebut dengan menggunakan silinder penyukat.
  4. Murid diminta menyatakan botol yang tertinggi dan terendah bacaannya.
  5. Guru membincangkan keputusan bacaan isipadu bersama murid.


LANGKAH 2
  1. Murid dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan.
  2. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatat.
  3. Guru membekalkan kepada setiap kumpulan dengan 1 silinder penyukat, 3 bekas berlabel A, B dan C yang berisi air sirap, kad imbasan, gelas plastik dan sebuah baldi.
  4. Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menganggar bacaan isipadu bagi ketiga-tiga bekas tersebut. Bacaan pada kad diletakkan di hadapan bekas.
  5. Murid diminta merekodkan jawapan mereka seperti jadual di bawah.
  6. Seterusnya, murid diminta mengukur isipadu bekas A, B dan C tersebut dengan menggunakan silinder penyukat dan mencatatkannya di dalam jadual seperti di atas.
  7. Ketua kumpulan diminta membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
  8. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diberikan tepukan semangat.
BEKAS
A
B
C
ANGGARAN
___liter
___liter
___liter
BACAAN SEBENAR
___liter
___liter
___liter





LANGKAH 3
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
  2. Murid menjawab soalan yang diberikan.
  3. Guru menyemak jawapan bersama murid.

LEMBARAN KERJA 1
 
  
LEMBARAN KERJA 2



PENUTUP 

Guru bersoal jawab dengan murid dan membuat rumusan keseluruhan.